IQNA

"Kempen al-Quran Mahasiswa Fath";

Fokus kepada Perjuangan dan Pertolongan Ilahi

15:02 - July 20, 2025
Berita ID: 3106739
IQNA - Bahagian Promosi dan Pembangunan Pertubuhan al-Quran Mahasiswa Negara Iran (bernaung di bawah Jihad Universiti) akan menganjurkan "Kempen al-Quran Mahasiswa Fath", yang merupakan lanjutan kepada kempen terdahulu anjuran Agensi Berita Antarabangsa al-Quran (IQNA).

Laporan IQN; Susulan serangan rejim Zionis ke atas Republik Islam Iran dan sebagai kesinambungan kepada "Kempen al-Quran Fath" yang telah dilancarkan sebelum ini oleh Agensi Berita Antarabangsa al-Quran (IQNA), bahagian promosi dan pembangunan Pertubuhan al-Quran Mahasiswa mengambil inisiatif untuk melaksanakan segmen mahasiswa kempen ini di bawah tajuk "Kempen al-Quran Mahasiswa Fath".

Kempen ini bertujuan untuk menyebarluaskan budaya al-Quran dalam kalangan universiti, dengan penekanan kepada konsep-konsep seperti perjuangan (muqawamah) «مقاومة», pertolongan ilahi (nasr Ilahi) «نصرة الالهی», kemenangan serta memperkukuh kesatuan dan solidariti dalam kalangan pelajar, pensyarah dan tokoh-tokoh al-Quran di Iran dan seluruh dunia Islam.

Tema utama kempen ini merangkumi:

  • Tafsir dan tadabbur Surah al-Fath (ayat 1 hingga 4),

  • Ayat 139 dari Surah Ali-Imran:"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."

  • Serta keseluruhan Surah al-Nasr.

Para mahasiswa dari seluruh negara boleh menyertai kempen ini melalui pelbagai medium seperti:

  • Video bacaan al-Quran (sama ada tartil atau tahqiq),

  • Klip pendek yang bersifat konseptual,

  • Podcast,

  • Dan juga catatan atau esei pendek bertemakan mahasiswa.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan mendaftar untuk penyertaan, pelajar-pelajar boleh melayari laman sesawang rasmi di:
🔗 www.roytab.ir/jahadpouesh1
Atau hubungi nombor berikut:
📞 021-67612336 atau 021-67612337

 

4295149

captcha